Wednesday 4 April 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekarang sedang mengadakan Karnival Pendidikan dan Kerjaya 2012 di beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Sarawak dan Sabah. Karnival ini akan mendedahkan anda dengan peluang Pendidikan bersama Institusi Pendidikan Mara (IPMa) seperti Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Kolej Profesional Mara, Kolj Poly-Tech Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan German-Malaysian Institute (GMI). 
 

Pelajar lepasan SPM dijemput hadir untuk melihat sendiri peluang-peluang yang ada untuk mereka melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi.

Terdapat juga peluang-peluang perkerjaan bersama MARA di dalam Karnival ini. Bagi anda yang berminat sila lihat lokasi jadual Karnival Pendidikan dan Kerjaya MARA yang sertakan di bawah:

PAHANG
24 & 25 Mac 2012 (Sabtu & Ahad)
Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan


KELANTAN
28 & 29 Mac 2012 (Rabu & Khamis)
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

TERENGGANU

4 & 5 April 2012 (Rabu & Khamis)
Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu


PERAK
7 & 8 April 2012 (Sabtu & Ahad)
Stadium Indera Mulia, Ipoh


SARAWAK
11 & 12 April 2012 (Rabu & Khamis)
Permata Exhibition Hall, Kuching


SABAH
14 & 15 April 2012 (Sabtu & Ahad)
Suria Sabah, Kota Kinabalu















0 comments:

Post a Comment